Wednesday, 4 February 2015

PERKEMBANGAN SEMANGAT NASIONALISME DI MALAYSIA

Pengenalan- Menurut Hans Kahn, Nasionalisme ialah gerakan untuk membentuk masyarakat yang lebih terbuka dan untuk mendapatkan kebahagiaan perseorangan, bagi menjamin kemerdekaan warganegara dan membebaskan akal dan fikiran. Bagi orang melayu pula, nasionalisme merujuk kepada perjuangan mereka untuk mendapatkan kembali kedudukan unggul dalam negaranya sendiri seperti sebelum kedatangan penjajah.

   Nasionalisme di Malaysia semakin berkembang setelah merdeka, hal ini dapat dilihat melalui semangat rakyat menyambut hari kemerdekaan pada setiap 31Ogos. Semangat nasionalisme adalah penting dalam usaha pembentukan Negara bangsa. Nasionalisme adalah bertujuan untuk membebaskan diri daripada cengkaman kuasa asing dan melahirkan perasaan bersatu padu di Antara rakyat yang dijajah. Namun, pengertian nasionalisme selepas merdeka adalah lebih kepada mempertahankan kemerdekaan Negara agar tidak dijajah semula oleh kuasa asing dan mampu membangunkan Negara tanpa campur tangan kuasa asing.




   Selain itu, Nasionalisme di Malaysia juga terus berkembang dengan adanya penghayatan daripada bekas perjuangan tokoh-tokoh pejuang tanah melayu yang berjuang untuk menentang penjajah sewaktu penjajahan British, Jepun dan Komunis. Hal ini dapat dilihat melalui pengajaran subjek sejarah di sekolah-sekolah di Malaysia agar setiap pelajar mampu menghayati dan menerapkan semangat nasionalisme pada diri masing-masing. Hal ini demikian kerana, semangat nasionalisme haruslah di terapkan pada diri setiap rakyat sejak muda, agar semangat nasionalisme itu dapat dipupuk sejak kecil lagi dan berkekalan sehingga dewasa.



   Seterusnya, perkembangan semangat nasionalisme di Malaysia juga telah berkembang dengan adanya pemimpin yang bertanggungjawab serta mementingkan rakyat. Dengan adanya pemimpin sedemikian, pemimpin teesebut akan di jadikan contoh dan teladan kepada semua rakyat dan perkara ini dapat meningkatkan lagi semangat nasionalisme rakyat. Pemimpin-pemimpin terdahulu juga boleh dijadikan contoh dan teladan kepada rakyat untuk menghayati jasa pengorbanan mereka dalam mengekalkan kemerdekaan Negara. Contohnya perdana menteri Malaysia yang pertama iaitu Tunku Abdul Rahman atau lebih dikenali sebagai bapa kemerdekaan yang telah menuntut kemerdekaan daripada pihak british. Setiap rakyat mampu mencontohi pemimpin ini serta pemimpin setempat untuk memelihara keamanan nagara agar setiap rakyat dapat hidup dalam keadaan aman dan tenteram.



   Selain daripada itu, perkembangan semangat nasionalisme juga semakin berkembang melalui pengaruh media massa. Media massa pada masa kini semakin memainkan peranan melalui beberapa aspek. Contohnya radio, radio memainkan peranan dengan memainkan lagu patriotik untuk menyegarkan semangat nasionalisme rakyat Malaysia walau di mana mereka berada. Selain itu, televisyen juga memainkan peranan melalui rancangan atau program yang memaparkan mengenai sejarah tokoh pejuang bangsa yang dahulunya pernah berjuang dalam menuntut kemerdekaan yang sehingga kini masih kekal. Contohnya leftenan adnan yang menceritakan kisah leftenan adnan yang pernah berjuang sebagai tentera melawan penjajah untuk mempertahankan Negara.

   Semangat nasionalisme di Malaysia juga semakin berkembang melalui peranan kerajaan yang menubuhkan kelab patriotik atau konsep kerakyatan seperti “1 Malaysia”. Langkah ini sangat membantu dalam mengekalkan keharmonian masyarakat Malaysia. Walaupun Malaysia terdiri daripada kaum  yang berbilang bangsa, namun kesatuan rakyat semakin kukuh kerana semua warga Malaysia tidak mahu mengulangi sejarah 13 mei 1969 di mana rusuhan kaum telah berlaku di Malaysia dan merupakan sejarah yang paling hitam. Melalui kesatuan kaum di Malaysia, semangat nasionalisme semakin berkembang dan kukuh.




   Kesimpulannya, semagat nasionalisme di Malaysia semakin berkembang melalui penerapan semangat itu sendiri oleh rakyat Malaysia. Faktor lain seperti media massa juga turut bersama memainkan peranan untuk mengekalkan semangat nasionalisme rakyat Malaysia, manakala kerajaan pula terus menerus membantu dan memberi peranan agar mampu mengekalkan kemerdekaan kerana bukan mudah untuk mendapat kemerdekaan apabila dijajah oleh kuasa-kuasa asing yang besar. Maka setiap orang harus bersyukur atas apa yang telah dikorbankan oleh setiap pihak untuk mencapai keamanan di Malaysia dengan mengekalkan semangat nasionalisme dalam diri masing-masing.


No comments:

Post a Comment