Nama Ahli Kumpulan:
1. Layvee Robin
2. Muhd Yusri Bin Fandi
3. Handey Bin Jasnar
4. Arnold Jutri
5. Nigel allen Nicloas
Perkembangan Semangat Nasionalisme Di Malaysia
Wednesday, 4 February 2015
PERKEMBANGAN
SEMANGAT NASIONALISME DI MALAYSIA
Pengenalan-
Menurut Hans Kahn, Nasionalisme ialah gerakan untuk membentuk masyarakat yang
lebih terbuka dan untuk mendapatkan kebahagiaan perseorangan, bagi menjamin
kemerdekaan warganegara dan membebaskan akal dan fikiran. Bagi orang melayu
pula, nasionalisme merujuk kepada perjuangan mereka untuk mendapatkan kembali
kedudukan unggul dalam negaranya sendiri seperti sebelum kedatangan penjajah.
Nasionalisme di Malaysia semakin berkembang
setelah merdeka, hal ini dapat dilihat melalui semangat rakyat menyambut hari
kemerdekaan pada setiap 31Ogos. Semangat nasionalisme adalah penting dalam
usaha pembentukan Negara bangsa. Nasionalisme adalah bertujuan untuk
membebaskan diri daripada cengkaman kuasa asing dan melahirkan perasaan bersatu
padu di Antara rakyat yang dijajah. Namun, pengertian nasionalisme selepas
merdeka adalah lebih kepada mempertahankan kemerdekaan Negara agar tidak
dijajah semula oleh kuasa asing dan mampu membangunkan Negara tanpa campur
tangan kuasa asing.
Selain itu, Nasionalisme di Malaysia juga
terus berkembang dengan adanya penghayatan daripada bekas perjuangan
tokoh-tokoh pejuang tanah melayu yang berjuang untuk menentang penjajah sewaktu
penjajahan British, Jepun dan Komunis. Hal ini dapat dilihat melalui pengajaran
subjek sejarah di sekolah-sekolah di Malaysia agar setiap pelajar mampu
menghayati dan menerapkan semangat nasionalisme pada diri masing-masing. Hal
ini demikian kerana, semangat nasionalisme haruslah di terapkan pada diri setiap
rakyat sejak muda, agar semangat nasionalisme itu dapat dipupuk sejak kecil
lagi dan berkekalan sehingga dewasa.
Seterusnya, perkembangan semangat nasionalisme
di Malaysia juga telah berkembang dengan adanya pemimpin yang bertanggungjawab
serta mementingkan rakyat. Dengan adanya pemimpin sedemikian, pemimpin teesebut
akan di jadikan contoh dan teladan kepada semua rakyat dan perkara ini dapat
meningkatkan lagi semangat nasionalisme rakyat. Pemimpin-pemimpin terdahulu
juga boleh dijadikan contoh dan teladan kepada rakyat untuk menghayati jasa
pengorbanan mereka dalam mengekalkan kemerdekaan Negara. Contohnya perdana
menteri Malaysia yang pertama iaitu Tunku Abdul Rahman atau lebih dikenali
sebagai bapa kemerdekaan yang telah menuntut kemerdekaan daripada pihak
british. Setiap rakyat mampu mencontohi pemimpin ini serta pemimpin setempat
untuk memelihara keamanan nagara agar setiap rakyat dapat hidup dalam keadaan
aman dan tenteram.
Selain daripada itu, perkembangan semangat
nasionalisme juga semakin berkembang melalui pengaruh media massa. Media massa
pada masa kini semakin memainkan peranan melalui beberapa aspek. Contohnya
radio, radio memainkan peranan dengan memainkan lagu patriotik untuk
menyegarkan semangat nasionalisme rakyat Malaysia walau di mana mereka berada.
Selain itu, televisyen juga memainkan peranan melalui rancangan atau program
yang memaparkan mengenai sejarah tokoh pejuang bangsa yang dahulunya pernah
berjuang dalam menuntut kemerdekaan yang sehingga kini masih kekal. Contohnya
leftenan adnan yang menceritakan kisah leftenan adnan yang pernah berjuang
sebagai tentera melawan penjajah untuk mempertahankan Negara.
Semangat nasionalisme di Malaysia juga
semakin berkembang melalui peranan kerajaan yang menubuhkan kelab patriotik
atau konsep kerakyatan seperti “1 Malaysia”. Langkah ini sangat membantu dalam
mengekalkan keharmonian masyarakat Malaysia. Walaupun Malaysia terdiri daripada
kaum yang berbilang bangsa, namun
kesatuan rakyat semakin kukuh kerana semua warga Malaysia tidak mahu mengulangi
sejarah 13 mei 1969 di mana rusuhan kaum telah berlaku di Malaysia dan
merupakan sejarah yang paling hitam. Melalui kesatuan kaum di Malaysia,
semangat nasionalisme semakin berkembang dan kukuh.
Kesimpulannya, semagat nasionalisme di
Malaysia semakin berkembang melalui penerapan semangat itu sendiri oleh rakyat
Malaysia. Faktor lain seperti media massa juga turut bersama memainkan peranan
untuk mengekalkan semangat nasionalisme rakyat Malaysia, manakala kerajaan pula
terus menerus membantu dan memberi peranan agar mampu mengekalkan kemerdekaan
kerana bukan mudah untuk mendapat kemerdekaan apabila dijajah oleh kuasa-kuasa
asing yang besar. Maka setiap orang harus bersyukur atas apa yang telah
dikorbankan oleh setiap pihak untuk mencapai keamanan di Malaysia dengan
mengekalkan semangat nasionalisme dalam diri masing-masing.
Subscribe to:
Posts (Atom)